iPhone-cara cara buat ringtone

11:25:00 PM Unknown 8 Comments

Assalamualaikum,

Pertama saya nak mintak maaf kalau saya mengunakan Bahasa rojak dan juga Short form dalam penulisan saya yang terdahulu. Dengan penulisan yang baru ini saya berharap semua orang yang membaca dapat faham dengan jelas terima kasih.


Okay sekarang kita pegi ke perkara pertama.

Saya baru saja beli iphone 5s, saya dapati fungsi nya sangat menarik tambah-tambah lagi pada bahagian kameranya. Ya, kamera iphone 5s memang terbaik sampai sekarang walaupun sudah masuk 3 tahun sejak pengeluarannya oleh syarikat besar dunia Apple.

Sekarang saya akan ajarkan macam mana untuk kita membuat Ringtone Iphone tanpa perlu beli dari itunes store. BACA BETUL-BETUL.

  •  Bukak itunes terlebih dahulu. Okey ini semua paparan yang mula-mula kita akan nampak bila kita bukak itunes kita. pastikan dalam itunes kamu semua dah ada lagu =)





  • Step kedua pilih lagu yang korang nak jadikan ringtone tu, Macam saya saya pilih lagu BIG BANG (Lets not fall in love) sebagai contoh yang saya akan gunakan. 



  • Lepas kita ini kita right click pada lagu yang kita nak jadikan ringtone. lepas right click ia akan keluar beberapa pilihan seperti gambar di bawah. Kita pilih (GET INFO). 




  • Perlu saya ingatkan yang ringtone iphone tidak boleh lebih dari 30 saat. Jadi kita perlu pilih dari saat ke berapa lagu tersebut untuk dijadikan ringtone.Contoh saya mahu jadikan ringtone ini dari saat ke ( 0:00 hingga ke 0:30 ). Untuk lebih mudah mainkan lagu tersebut dan kita boleh pilih dari saat ke berapa hingga ke berapa untuk dipilih

  • Rileks dahulu, hahaha. Oke selepas kita click pada get info ia akan keluar paparan seperti di bawah. Tekan pada ( Options ) dan ia akan keluar paparan seperti di bawah 




  • Selepas keluar paparan seperti di atas, kita perlu pilih dari mana kita mahu ringtone kita mula dan berakhir. (Start = ialah di mana ringtone kita akan mula) (Stop = ialah di mana ringtone kita akan berakhir )

  • Click pada start dan isikan saat yang kita mahukan ringtone kita bermula dari lagu tersebut. Dan click pada stop untuk isikan saat ringtone tersebut akan berhenti contoh untuk lagu ini saya pilih saat lagu mula pada 0:00 dan berakhir pada saat 0:30 dan click (OK) di bawahnya untuk simpan.

 

  •  Selepas simpan, right click sekali lagi dan tekan (add to up next)





  • Selepas tekan add to up next, right click sekali lagi dan pilih (Create AAC Version), this step is important.





  •  Lepas create Acc version ia kita akan dapati ada dua jenis lagu yang sama dalam itunes cuma satu adalah yang asal iaitu lagu penuh, dan satu lagi merupakan lagu yang kita reka tadi untuk dibuat ringtone iaitu dari 0:00 - 0:30. Kita pilih yang berdurasi seperti kita edit tadi.
 

  •  Right click pada lagu yang kita edit tadi dan pilih (Show in Windows explore



  • Ia akan buka folder di mana ringtone yang kita reka diletakkan, tapi ia masih tidak boleh digunakan, right click pada lagu tersebut untuk rename lagu tersebut. Kerana lagu tadi masih dalam format audio file iaitu (m4a). Format untuk ringtone iphone ialah (m4r). jadi kita perlu rename dia. Saya mengunakan software (Unlocker untuk bukak rename lagu tersebut dari m4a ke m4r. Dan ia hanya sebesar 1mb. Untuk download software unlocker klik di sini 



  •  Selepas click pada unlocker, kita akan pilih di unlocker tersebut untuk rename, click ok.




  • Ingat saya kata sebentar tadi yang kita perlu tukar format fail dari (m4a kepada m4r), jadi di sini kita akan rename nya. Selepas rename click ok untuk simpan.




  • Sekarang kamu dah ada ringtone sendiri. langkah seterusnya ialah click pada ringtone yang dah siap itu untuk dimainkan didalam itunes. tadaaaa kamu dah ada ringtone sendiri pandainya kamu. Sekarang click pada icon tone untuk lihat tone yang anda buat.




  • Sekarang sambungkan iphone kamu dan hanya perlu sycn ringtone saja. 1. Click pada (sync tones).  2. Click pada (selected tones) 3. ( Click pada tones yang kamu dah buat untuk dimasukkan ke dalam iphone kamu. 4 (Tekan apply di bawah sekali ) dan tunggu ia sync.




  • Bukak iphone kamu, pilih (Setting), pilih (Sounds), Pilih (Ringtones), tadaa dah siap. Diharap toturial ini sedikit sebanyak dapat membantu, Saya akan buatkan video toturial cara-cara buat ringtone nanti. Tq from Kai Ahmad

8 comments: