iPhone-cara cara buat ringtone

Assalamualaikum,

Pertama saya nak mintak maaf kalau saya mengunakan Bahasa rojak dan juga Short form dalam penulisan saya yang terdahulu. Dengan penulisan yang baru ini saya berharap semua orang yang membaca dapat faham dengan jelas terima kasih.


Okay sekarang kita pegi ke perkara pertama.

Saya baru saja beli iphone 5s, saya dapati fungsi nya sangat menarik tambah-tambah lagi pada bahagian kameranya. Ya, kamera iphone 5s memang terbaik sampai sekarang walaupun sudah masuk 3 tahun sejak pengeluarannya oleh syarikat besar dunia Apple.

Sekarang saya akan ajarkan macam mana untuk kita membuat Ringtone Iphone tanpa perlu beli dari itunes store. BACA BETUL-BETUL.

  •  Bukak itunes terlebih dahulu. Okey ini semua paparan yang mula-mula kita akan nampak bila kita bukak itunes kita. pastikan dalam itunes kamu semua dah ada lagu =)





  • Step kedua pilih lagu yang korang nak jadikan ringtone tu, Macam saya saya pilih lagu BIG BANG (Lets not fall in love) sebagai contoh yang saya akan gunakan. 



  • Lepas kita ini kita right click pada lagu yang kita nak jadikan ringtone. lepas right click ia akan keluar beberapa pilihan seperti gambar di bawah. Kita pilih (GET INFO). 




  • Perlu saya ingatkan yang ringtone iphone tidak boleh lebih dari 30 saat. Jadi kita perlu pilih dari saat ke berapa lagu tersebut untuk dijadikan ringtone.Contoh saya mahu jadikan ringtone ini dari saat ke ( 0:00 hingga ke 0:30 ). Untuk lebih mudah mainkan lagu tersebut dan kita boleh pilih dari saat ke berapa hingga ke berapa untuk dipilih

  • Rileks dahulu, hahaha. Oke selepas kita click pada get info ia akan keluar paparan seperti di bawah. Tekan pada ( Options ) dan ia akan keluar paparan seperti di bawah 




  • Selepas keluar paparan seperti di atas, kita perlu pilih dari mana kita mahu ringtone kita mula dan berakhir. (Start = ialah di mana ringtone kita akan mula) (Stop = ialah di mana ringtone kita akan berakhir )

  • Click pada start dan isikan saat yang kita mahukan ringtone kita bermula dari lagu tersebut. Dan click pada stop untuk isikan saat ringtone tersebut akan berhenti contoh untuk lagu ini saya pilih saat lagu mula pada 0:00 dan berakhir pada saat 0:30 dan click (OK) di bawahnya untuk simpan.

 

  •  Selepas simpan, right click sekali lagi dan tekan (add to up next)





  • Selepas tekan add to up next, right click sekali lagi dan pilih (Create AAC Version), this step is important.





  •  Lepas create Acc version ia kita akan dapati ada dua jenis lagu yang sama dalam itunes cuma satu adalah yang asal iaitu lagu penuh, dan satu lagi merupakan lagu yang kita reka tadi untuk dibuat ringtone iaitu dari 0:00 - 0:30. Kita pilih yang berdurasi seperti kita edit tadi.
 

  •  Right click pada lagu yang kita edit tadi dan pilih (Show in Windows explore



  • Ia akan buka folder di mana ringtone yang kita reka diletakkan, tapi ia masih tidak boleh digunakan, right click pada lagu tersebut untuk rename lagu tersebut. Kerana lagu tadi masih dalam format audio file iaitu (m4a). Format untuk ringtone iphone ialah (m4r). jadi kita perlu rename dia. Saya mengunakan software (Unlocker untuk bukak rename lagu tersebut dari m4a ke m4r. Dan ia hanya sebesar 1mb. Untuk download software unlocker klik di sini 



  •  Selepas click pada unlocker, kita akan pilih di unlocker tersebut untuk rename, click ok.




  • Ingat saya kata sebentar tadi yang kita perlu tukar format fail dari (m4a kepada m4r), jadi di sini kita akan rename nya. Selepas rename click ok untuk simpan.




  • Sekarang kamu dah ada ringtone sendiri. langkah seterusnya ialah click pada ringtone yang dah siap itu untuk dimainkan didalam itunes. tadaaaa kamu dah ada ringtone sendiri pandainya kamu. Sekarang click pada icon tone untuk lihat tone yang anda buat.




  • Sekarang sambungkan iphone kamu dan hanya perlu sycn ringtone saja. 1. Click pada (sync tones).  2. Click pada (selected tones) 3. ( Click pada tones yang kamu dah buat untuk dimasukkan ke dalam iphone kamu. 4 (Tekan apply di bawah sekali ) dan tunggu ia sync.




  • Bukak iphone kamu, pilih (Setting), pilih (Sounds), Pilih (Ringtones), tadaa dah siap. Diharap toturial ini sedikit sebanyak dapat membantu, Saya akan buatkan video toturial cara-cara buat ringtone nanti. Tq from Kai Ahmad

MEMANCING IKAN HARUAN

Assalamualaikum semua sebelum ke tajuk utama,
Weh semua blog saya dah renovate dh, Dah ad icon facebook dan instagram untuk korg add sya,jom la berkawan saya budak baik. Just click at those fb and instagram icon to add and follow me. tq

Oke untuk minggu ni saya dan kawan-kawan sya telah plan untuk pergi memancing Ikan Haruan. saya x dpt ikot memancing dengan dorang sbb sya kena keja saya cuma ikot dema smua pegi mencari umpan nya.
 

QIA dengan hasil tangkapannya.

 Oke sebelum memancing ikan ni, kita kena cari dema punya makanan favourite, So malam sebelumnya kami pergi ke kawasan sawah di Kg Sungai Limau untuk cari gewang nya. Ikot kawan-kawan saya yang rajin memancing ni, ikan haruan ni makanan favourite dia Katak Minyak.Kami pon bergerak ke sawah utk cari katak.

Kawasan sawah, kami cari katak di dalam parit air untuk sawah tu, skrg musim panas so air dalam parit pon kering dan mudah lah skit nak cari katak minyak. Memang bersuluh la cerita dia masa nk cari katak minyak . Satu lagi katak tu duk melompat sana sini, nice on katak.

















   
  NI LAH KATAK MINYAK

Kami seronok sangat cari sampai nk tengah sawah dah. Banyak jugak katak dalam parit tu. Yang mana geli-geli boleh la korg cari umpan ni kat kedai memancing. Cuma yang ni jimat duit dan best.




 Disebabkan saya tak dapat ikot so dema cuma hantar kan gambar masa dema memancing, nampak best dan melekakan. hahaha, Tak pe ada rezeki saya akan ikot dema ni sekali dan bertarung dengan sang haruan.











Mail dan hasil tangkapannya

Oke semua jangan lupa comment, Tinggalkan blog korg dan saya akan follow jugak. Tekan icon FB dan Icon instagram untuk add dan follow saya. Boleh chat-chat.
Assalamualaikum

Lata Puteh Selama

Pada hari Sabtu 13/2/2016

     Saya dan rakan-rakan saya telah bergerak untuk Hiking + Trekking di Lata Puteh Selama. Tempat ini terletak di hujung kampung Ijok Selama. Semestinya kawasan ini ini cantik dan masih Dara lagi kerana tempat ini jarang orang datang. 

    Jam 2.30 pm kami bergerak dari kampung kami Bagan Baharu menuju ke kawasan Lata Puteh. Naik mota aje , Dekat ja dri kg kami untuk ke situ. Lebih kurang 40 minit. 
Kami sampai di kawasan itu pada jam 2.45 pm. Sekejap je kan, kami dah nampak kawasan itu dari jauh. 

(Kawasan Bawah lata Puteh)

Kawasan ini merupakan tempat tadahan air,
untuk penduduk di sini. Nak datang boleh tapi kena
jaga attitude skit. jangan buang sampah di kawasan air terjun. Dari jauh dah nampak air terjun tu, said to be 3rd tallest waterfall in southeast region. tetapi fakta tu ditarik balik sebab banyak lagi waterfall yang lebih tinggi.














Kami memulakan pendakian yang tak seberapa untuk menuju ke kawasan tu. Pendakian untuk orang normal dan aktif mungkin makan masa 30 minit ja, tapi kalau untuk orang ehem-ehem memang makan masa la lol. Terima kasih untuk brother SAFIQI sebab bagi kami jalan untuk naik ke atas

Penat jugak la sebab keadaan kawasan tu memang curam dan
memenatkan, Untuk korang yang suka Lasak-lasak jemput datang ke sini. 





 Lebih kurang 15 minit naik kami dah sampai ke lata bawah dia,
sabar belum sampai atas lagi, rilekk2 dulu.
 



 Lepas rest2 bawah tu, kami start naik , almost there. about 10 minute


  Tadaaaa kami dah sampai ke Lata Puteh selama. Best nya ... tempat dia bersih , air terjun dia cantik dan sejuk. dari jauh dah boleh rasa angin dari air terjun tu. Damn son its so awesome.

my team

JANGAN LUPA #BARRISAN